Kerap kali saya lihat di sekeliling saya, pelbagai jenis permasalahatan berlaku di kalangan manusia, termasuklah diri saya sendiri. Pada zaman serba canggih ini, permasalahatan2 tersebut dimanifestasikan serta dibincangkan dalam pelbagai bentuk dan rupa; tidak terkecuali laman sosial Facebook. Saya kadang2 tercuit hati apabila melihat gelagat2 golongan manusia yg kerap kali "menunjukkan" emosi2 mereka di dinding Facebook; entah disedari atau tidak, mempamerkan kelemahan diri sendiri kepada masyarakat luar. Sebagai contoh: Seorang remaja lelaki baru putus cinta dengan seorang gadis yang dahulunya disayangi, dibelai dan dicintai sepenuh hati. Namun, akibat pertelingkahan, maka lelaki yang dahulunya 'gentleman' dan 'cool' itu menyumpah seranah perempuan tersebut di dinding Facebook. Mulalah perkataan2 yg tak sedap didengari telinga mula berkumandang dgn jelas dan kuatnya serta diakhiri dgn tanda seru(!!). Saya hanya mampu tersenyum tiap kali saya melihat keadaan sebegini.
Tidak dinafikan, cinta semasa remaja agak membara dan penuh dengan emosi (serta syahwat). Jika tidak ditangani dengan cara yg penuh hikmah, maka lambat laun akan menjadi masalah yang parah. Walaubagaimanapun, kepada yg tengah hangat bercinta, berhati2 lah dalam membuat sesuatu keputusan itu. Pemikiran haruslah berlandaskan iman serta akal, bukan nafsu dan perasaan semata2. Benarlah kata2 "ikut kata rasa binasa, ikut kata hati mati."
1 comment:
salam
ni entry BM kt blog ko yg bg ak sgt best..
ditulis dari hati dan sampai pada hati org yg membacanya...
sbb tu la org yg emo kt fb tu bg ak KESIAN sbb kebodohan diri yg mempamerkan diri yg lemah.
semoga kita dijauhkan daripada benda2 mcm ni.
Post a Comment